Syarat kemasukan Maahad Muhammadi Lelaki

Syarat kemasukan bagi tingkatan 1

Sekolah-sekolah Kawalan Kerajaan Kelantan

  • Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
  • Maahad Muhammadi Perempuan (MMP)
  • Maahad Tahfiz Sains (MTS)
  • Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ)
  • Maahad Azhariah
  • Maahad Sulaimiyah

Syarat permohonan

  • Murid-murid tahun 6 SK / SRK / SRJK / SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 1999 (usia 13 tahun) adalah layak untuk memohon masuk ke Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
  • Keputusan UPSR 5A.
  • Permohonan boleh dibuat di Maahad Kawalan berkenaan.
  • Borang permohonan boleh didapati di Maahad berkenaan seawal bulan Oktober.

Ujian kemasukan

  • Ujian lisan (membaca) yang ditetapkan oleh pihak Maahad.
  • Ujian bertulis
  • Pemohon dikehendaki membawa slip asal keputusan UPSR.

Perkara yang diuji

  • Ujian membaca
    • Al-Quran - 60 markah
    • Jawi - 40 markah
  • Ujian bertulis
    • Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
  • Ujian hafazan
    • Hafazan Al-Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)

Makluman Penting

  • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepejabat Maahad berkenaan beserta salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan.
  • Sewaktu menyerahkan borang permohonan,sila bawa bersama slip asal keputusan peperiksaan UPSR untuk di semak oleh petugas bahagian penerimaan borang permohonan.